Percaya atau tidak, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai blog sendiri. Apa lagi berkongsi minat saya membuat kek dan mempromosikannya menggunakan blog. Tapi disebalik dugaan yang Allah berikan kepada saya pada waktu ini, Alhamdulillah tersembunyi suatu hikmah yang penuh nikmat jika dirancang dan dilakukan dengan betul iaitu - BERNIAGA!
Untuk pengetahuan anda, pada 6 September 2011, saya telah dimasukkan ke hospital kerana sakit belakang dan kaki kanan kebas. Selepas ujian MRI, didapati saya disahkan bahawa tulang belakang bermasalah dengan L4L5 Disc Prolapse atau lebih dikenali dengan 'slip disc'. Jadi, saya telah dimasukkan Steroid untuk mengurangkan gejala sakit ni. Sedang saya menaip ini, saya masih menahan sakit belakang kerana duduk dan masih bercuti untuk minggu ke 5.
Sebagai seorang yang berkejaya di syarikat swasta, mengambil cuti lama juga bukan sesuatu yang mudah. Waktu inilah baru saya tahu dengan siapa saya bekerja dan melihat perwatakan sebenar mereka. Dahulu, pasti saya sudah merasa risau untuk lekas kembali bekerja. Tetapi, kali ini saya lebih pentingkan kesihatan saya dan lebih memikirkan rancangan saya untuk berniaga dari rumah.
Insyallah, berkat usaha, doa dan sokongan orang disekeliling, diharap semoga rancangan dan impian saya ini akan menjadi kenyataaan. :)